Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Pos Malaysia Keluarkan Sampul Kenangan Sempena Kejuaraan KL2017

  • Published in Sukan

 

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25,000 keping setem "Kita Juara Sukan SEA 2017 menggunakan teknik cetakan Hot Stamping Emas atau Foil Emas akan dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad bermula 19 Disember ini.

Sampul Kenangan tersebut akan dijual dengan harga tiga ringgit 20 sen di Pejabat Pos seluruh negara.

Sampul Kenangan ini merupakan edisi istimewa yang menampilkan "RIMAU" selaku maskot Sukan SEA dalam pakaian sukan istimewa berwarna emas.

Menurut Diyana Lean Abdullah selaku Ketua Unit Setem dan Filateli, Pos Malaysia Berhad pernah mengeluarkan setem edisi istimewa sempena temasya menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 pada 21 Ogos yang lepas.

 

Selain itu, Pos Malaysia turut meletakkan maklumat ringkas Sukan SEA ke-29 di bahagian belakang sampul serta menggunakan reka bentuk tiga atlet berlari sebagai tanda pembatalan bagi siri setem. 

 

Sumber : BERNAMA