Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Skuasy : Gregory Gaultier Mara Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

MANCHESTER - Kejohanan Dunia di Manchester.

Pilihan utama perseorangan lelaki, Gregory Gaultier mara ke separuh akhir.

Pemain Perancis itu mengalahkan pilihan kelapan, Paul Coll dari New Zealand, 11-6, 11-5, 11-4 .

Turut mara - pilihan ketiga, Mohamed Elshorbagy dari Mesir.

Dia menyingkirkan pemain tuan rumah, Nick Matthew yang juga pilihan kelima, 11-7, 11-6, 5-11 dan 11-6 .

Saingan wanita pula menyaksikan kemaraan pilihan utama, Nour El Sherbini ke separuh akhir.

Bintang Mesir itu menundukkan rakan senegaranya, Nouran Gohar , 11-7, 11-3, 11-4 .

Manakala seorang lagi pemain Mesir, Nour El Tayeb menumpaskan Tesni Evans dari Wales, 11-9, 11-7, 11-9 .

 

Sumber : AFP