Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Sarawak Kecewa Tiga Sukan Teras Tidak Dipertandingkan Pada SUKMA Perak

  • Published in Sukan

KUCHING - Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan turut kecewa dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan menggugurkan tiga acara sukan teras tersebut daripada senarai utama acara untuk dipertandingkan pada Sukan Malaysia 2018 di Perak.

Menurut Snowdan, badan induk sukan negara itu perlu melihat kesannya terhadap tindakan yang dilakukan secara menyeluruh.

Beliau turut menyifatkan, keputusan menggugurkan tiga acara sukan teras itu nyata memberi kesan yang begitu besar.

Ini terutama kepada setiap pasukan atau negeri-negeri yang telah membuat pelaburan besar bagi persiapan menghadapi Sukma 2018.

 

Sumber : BERNAMA