Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

TM Persoal Tujuan MSN Keluarkan Taekwondo Daripada Sukan Teras

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Taekwando Malaysia (TM) kecewa dan hairan dengan keputusan pengguguran sukan taekwando daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata, sehingga hari ini TM tidak diberi peluang dan ruang untuk berbincang dengan Majlis Sukan Negara mengenai pengguguran sukan berkenaan.

Selasa lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan taekwondo antara tiga sukan teras yang digugurkan selain sepak takraw dan angkat berat.

 

Sumber : BERNAMA