Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

TPM Sahkan Tangkapan Dua Pegawai Jabatan Imigresen KLIA

  • Published in Nasional

LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan dua pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan berhubung kes penyeludupan warganegara Bangladesh.

Beliau berkata pegawai terlibat bertugas di bahagian kaunter KLIA.

Beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen disyaki turut terlibat dan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata pada sidang media sempena lawatan kerjanya di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu.

 

Sumber : BERNAMA