Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Skuasy : Joelle King Tewaskan Sarah-Jane Perry

  • Published in Sukan

ENGLAND - Kejohanan Skuasy Dunia 2017 di Manchester, England.

Dalam aksi suku akhir, pemain wanita nombor sembilan dunia, Joelle King Dari New Zealand menewaskan Sarah-Jane Perry dari England, 11-1, 6-11, 14-12 dan 11-6.

Dalam kategori lelaki, juara bertahan, Karim Abdel Gawad dari Mesir, mengalahkan Saurav Ghosal dari India, 12-14, 11-5, 11-6 dan 11-7.

Sementara itu, juara bertahan yang juga merupakan pemain nombor satu dunia, Nour El Sherbini dari Mesir, turut mara ke pusingan suku akhir.

Beliau menewaskan Satomi Watanabe dari Jepun, 11-6, 11-5 dan 11-5.

 

Sumber : AP