Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Badminton Terbuka China: Nasib Iskandar Zulkarnain Ditentukan Hari Ini

CHINA  - Cuma tinggal Iskandar Zulkarnain membawa cabaran negara di pentas suku akhir hari ini pada Badminton Terbuka China di Fuzhou.

Pemain perseorangan negara itu dijadual berdepan wakil tuan rumah Qiao Bin.

Iskandar mara selepas menyingkirkan seorang lagi pemain China, Guo Kai di pusingan kedua semalam, dengan keputusan 7-21, 21-6, dan 23-21.

Sementara itu, nasib dua pasangan Malaysia untuk ke suku akhir tidak kesampaian.

Laluan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying disekat gandingan hebat China, Zhang Nan-Li Yinhui, 17-21, dan 19-21.

Harapan beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula dihalang pasangan Korea Selatan, Jung Kyung Eun dan Shin Seung Chan yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan.

Vivian dan Khe Wei memberi tentangan sengit sebelum tumpas 23-21, 14-21, dan 13-21 dalam masa satu jam 14 minit.