Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Bola Sepak Serie A : Inter Milan Bekerja Keras Untuk Mara

  • Published in Sukan

ITALI - Pendahulu Serie A, Inter Milan dipaksa bekerja keras untuk mara ke suku akhir Piala Itali.

Pasukan divisyen ketiga, Pordenone berjaya mengikat skuad didikan Luciano Spalletti tanpa jaringan sehingga masa tambahan sebelum kecundang 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Inter kini menanti pemenang antara seteru tetangganya, AC Milan atau Verona yang akan berentap pagi esok.

Aksi tunggal Serie A pula menyaksikan Atalanta meraih kemenangan pertama di halaman lawan musim ini dengan mengetepikan Genoa, 2-1.

Tiga mata penuh itu membolehkan pasukan pelawat naim ke tempat kelapan dengan 23 mata, 17 mata di belakang pendahulu liga.

Genoa pula kekal ke-16, dua mata di atas zon penyingkiran.

 

Sumber : AFP