Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Angkat Berat, Sepak Takraw Dan Taekwondo Digugur Sebagai Sukan Teras

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Acara angkat berat, sepak takraw dan taekwondo akan digugurkan daripada senarai sukan teras negara.

Demikian dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Ia berikutan prestasi yang semakin merosot serta pelbagai masalah disiplin.

Antaranya, kegagalan beberapa atlet angkat berat dalam ujian doping dan kemerosoton prestasi atlet sepak takraw serta taekwondo.

Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara membuat semakan semula terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.

Dalam pada itu, Khairy berkata, keputusan itu tidak akan menjejaskan atlet sepak takraw yang berada di dalam Program Podium sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia.

 

Sumber : BERNAMA