Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Ramon Marcote Sah Ketua Jurulatih Kedah

  • Published in Sukan

ALOR SETAR - Jurulatih daripada Sepanyol, Ramon Marcote Pequeno, sah menjadi ketua jurulatih pasukan Lang Merah setelah menandatangani kontrak selama setahun.

Beliau akan mengemudi pasukan Kedah dalam aksi Liga Malaysia 2018.

Demikian dinyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Marcote merupakan bekas penolong jurulatih Atletico Madrid dan pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan.

 

Sumber : BERNAMA