Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Skuasy Dunia : Laura Massaro dan Nick Matthew Terus Mara

  • Published in Sukan

ENGLAND - Kejohanan Skuasy Dunia PSA Manchester, England.

Pemain tuan rumah Laura Massaro dan Nick Matthew meneruskan kemaraan apabila berjaya melepasi halangan masing-masing.

Massaro menewaskan pemain dari Belgium, Nele Gilis 11-4, 11-7, 11-4.

Manakala pemain rangking ke-6 dunia, Matthew pula berjaya menumpaskan Max Lee dari Hong Kong 11-9, 8-11, 11-7, 11-5.

Dalam pusingan ketiga nanti, Massaro bakal bertemu Tesni Evans dari Wales.

Mathew pula bakal berdepan pemain Qatar, Abdulla Mohd Al Tamimi.

 

Sumber : AP