Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Senarai Akhir Ke Temasya Sukan Komanwel Akan Diputuskan Pada 7 Dan 8 Januari Depan

  • Published in Sukan

AMPANG  - Senarai akhir kontinjen ke Temasya Sukan Komanwel di Gold Coast Australia pada April 2018 diputuskan pada 7 dan 8 Januari depan

Presiden Majlis Olimpik Malaysia MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar akan mengumumkan senarai akhir kontinjen itu yang melibatkan beberapa jenis sukan utama .

Tarikh akhir untuk menyerahkan senarai akhir kontinjen kepada penganjur adalah sebulan sebelum temasya edisi ke 21 bermula pada 4 hingga 15 april 2018.

Pada edisi sukan komanwel 2014 di Glasgow,Scotland; Malaysia dikedudukan ke 12 dari 71 negara dengan meraih enam emas tujuh perak enam gangsa melibatkan 179 atlet kebangsaan melibatkan 14 jenis sukan dipertandingkan.

Tunku Imran ditemui RTM selepas penyampaian hadiah pada kejohanan Futsal Piala Tunku Imran kali kedua di Ampang Selangor.

(Sumber - Dalet Beritartm)