Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Presiden BAM Beri Amaran Kepada Semua Pemainnya, Bangkit Daripada Lamunan.

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria beri amaran keras kepada semua pemainnya supaya segera bangkit daripada lamunan.

Menyedari skuad negara semakin ketinggalan dalam mengejar ranking dunia serta kejohanan utama, inilah masanya semua pemain perlu BUKA MATA dan PASANG TELINGA.

Kebimbangan kini bukan hanya tertumpu kepada perseorangan lelaki, tetapi semua jabatan mengalami masalah sama iaitu aksi yang tidak konsisten serta ketandusan pemain dalam kalangan 30 terbaik dunia.

Berbanding negara-negara lain, situasi Malaysia pada waktu ini boleh dikira sebagai tenat dan perlu diubati segera.

Datuk Seri Norza berkata demikian selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM Kali Keempat di Bukit Kiara.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat, mulai tahun depan semua pemain remaja yang berpusat di Sekolah Sukan Bukit Jalil akan berpindah ke Akademi Badminton Malaysia, sepenuhnya.

(Sumber - Dalet Beritartm)