Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Tan Cheng Hoe Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak, Harimau Malaya.

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Tan Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin melalui kenyataan ringkas dalam laman Facebook rasmi FAM , mengucapkan tahniah kepada Cheng Hoe.

FAM mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas perlantikan beliau menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Hamidin dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Cheng Hoe sebelum ini adalah penolong jurulatih untuk skuad berkenaan.

Perlantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Nelo Vingada yang secara rasmi melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

(Sumber - Dalet Beritartm)