Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

MASOC Terima Tajaan Bernilai RM7.5 Juta Daripada FBT

PUTRAJAYA - Sekretariat sukan Sea Kuala Lumpur 2017 , MASOC menerima tajaan bernilai RM7.5 juta daripada Football Thai Factory (FBT) bagi menjayakan temasya Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jumlah tajaan keseluruhan bernilai RM7.5 juta ini meliputi penajaan baju untuk 20,000 sukarelawan dan kakitangan serta alatan sukan yang akan digunakan pada temasya tersebut.

Ia juga menjadi simbolik kepada lambang usahasama yang terjalin antara negara ASEAN lain dengan Malaysia.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani usahasama antara MASOC dan FBT di Putrajaya.

Penglibatan syarikat dari Thailand ini dalam temasya Sukan SEA telah bermula sejak 1983 ketika Singapura menjadi tuan rumah.