Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Rusia Diharamkan Dari Menyertai Musim Sejuk Olimpik 2018 Kerana "Doping"

  • Published in Sukan

LAUSANNESwitzerland - Rusia diharamkan dari menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa atas program dopingnya yang dakwa secara dirancang, namun atlet bersih Rusia akan dibenarkan bersaing di bawah bendera Olimpiade.

Pengharaman itu adalah perkara yang paling sukar yang pernah diumumkan oleh IOC kerana kes penipuan "doping" dadah dan hanya datang 65 hari menjelang pesta Sukan itu di Pyeongchang, Korea Selatan.

Dalam mengumumkan keputusan itu, presiden IOC, Thomas Bach menuduh Rusia "tindakannya merupakan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini mencabar integriti Sukan Olimpik dan sukan".

Laporan yang hangat oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dua penyiasatan IOC yang berikutnya telah mengesahkan bahawa atlet Russia mengambil bahagian dalam program penipuan dadah yang rumit dan memuncak pada Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Bukti itu telah menunjukkan bahawa skim itu melibatkan pegawai kanan kerajaan, termasuk dari kementerian sukan, dengan bantuan daripada agen rahsia negeri.

(Sumber - AFP)