Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

KFA Pertimbang Naikkan Harga Tiket Perlawanan Bola Sepak di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbang untuk menaikkan harga tiket perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman mulai tahun hadapan.

 

Exco Sukan Kedah, Datuk Aminuddin Omar berkata kenaikan harga tiket itu tidak akan membebankan semua pihak terutama para penonton.

"Di Stadium Darul Aman, harga tiket yang dijual adalah yang paling murah dalam dunia. Ini boleh disemak dengan mana-mana stadium yang ketika ini tiket dijual pada harga RM10, RM16 dan RM22," katanya.

Beliau yang juga Setiausaha KFA berkata demikian bagi menjawab soalan Wakil BN Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid yang ingin tahu mahu tahu sama ada KFA akan mengkaji semula harga tiket yang dijual di Stadium Darul Aman.

KFA masih dalam pertimbangan untuk mempertingkatkan kuota jualan tiket atas talian bagi perlawanan tertentu.

Ini  kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya sistem ketelusan penjualan tiket atas talian yang membolehkan penyokong  pasukan lawan untuk monopoli pembelian tiket.