Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Gareth Southgate Gesa FA England Buat Keputusan Segera Berhubung Statusnya

  • Published in Sukan

LONDON - Gareth Southgate mahu FA England membuat keputusan segera berhubung statusnya sebagai jurulatih skuad kebangsaan. 

Pada masa ini, bekas pemain England itu berperanan sebagai jurulatih sementara selepas Sam Allardyce dipecat.

Southgate membantu skuad Three Lions mencatat kemenangan 3-0 terhadap Scotland, selain menumpaskan Malta, 2-0 dan seri tanpa jaringan dengan Slovenia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018.