Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antara Malaysia Dengan Papua New Guinea Petang Ini

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Skuad bola sepak kebangsaan Malaysia bakal berdepan Papua New Guinea dalam perlawanan persahabatan antarabangsa petang ini. 

Harimau Malaysia yang kini di ranking ke-164 akan bertemu pasukan ke-159 dunia dalam aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam. 

Peminat bola sepak tanahair boleh menyaksikan perlawanan kelas 'A' itu secara percuma bermula 3 petang ini. 

Pertemuan menentang Papua New Guinea merupakan ujian terakhir skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menjelang kempen Malaysia dalam Piala Suzuki AFF bermula Ahad depan.

Skuad negara memulakan saingan bertemu Kemboja di Yangon dalam kumpulan B yang turut dihuni tuan rumah Myanmar dan Vietnam.