Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Ciganda Rangkul Juara LPGA Citibanamex

  • Published in Sukan

MEXICO CITY - Carlota Ciganda berjaya merangkul gelaran kedua jelajah LPGA selepas menjuarai kejohanan golf jemputan Citibanamex Lorena Ochoa dengan kelebihan dua pukulan. 

Gelaran pertama LPGA diperoleh ketika menjuarai saingan LPGA KEB-Hana Bank di Korea Selatan bulan lalu. 

Ciganda, 26 tahun menamatkan saingan mencatat 68 pukulan empat bawah par pada hari terakhir. Ciganda berjaya melakukan 5 bawah par dalam empat lubang iaitu eagle di lubang ke-2, dan birdie pada lubang ke-6, 11 dan 17. 

Kedudukan ini meletakkan beliau berkelebihan dua pukulan di hadapan enam pemain hebat lain untuk mengesahkan kejuaraan.

Termasuk memintas pendahulu hari ketiga, Austin Ernst yang gagal bermain baik hanya mencatat 71 pukulan dua bawah par. Kemenangan ini genap setahun selepas beliau menduduki tempat kedua di belakang Inbee Park musim lalu.

Carlota Ciganda mencatat 275 pukulan 13 bawah par keseluruhan untuk muncul juara membawa pulang hadiah wang tunai US$2,000.

Empat pemain, Jodi Ewart Shadoff, Angela Stanford, Karine Icher , Sarah Jane Smith,  dan Austin Ernst mengikat kedudukan kedua mencatat mencatat 277 pukulan 11 bawah par membawa pulang US$65,612.

Kejohanan ini merupakan kejohanan yang diadakan untuk mengiktiraf pemain hebat Mexico, Lorena Ochao berjaya mencatat rekod 27 gelaran LPGA.

Ochoa yang bersara pada 2010 akan diabadi selaku antara pemai terbaik dunia dalam World Golf Hall of Fame tahun depan.