Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

40 kompaun ingkar arahan PKPB dikeluarkan polis Perak

PUTRAJAYA, 1 Jun - 40 kompaun ingkar arahan PKPB dikeluarkan polis Perak, SEMALAM daripada 356 kompaun yang dikeluarkan polis di seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negeri itu juga mencatat kes cubaan rentas negeri tertinggi untuk dua hari berturut-turut, selepas Selangor - 29 kes dan Pulau Pinang - 23.

Mengenai barangan keperluan harian, pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan khas pematuhan SOP di 2 ribu 63 premis perniagaan.

Daripada jumlah itu, seribu 884 premis mematuhi SOP, 163 diberi nasihat, manakala 16 lagi diberi amaran kerana ingkar arahan PKPB.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan pula telah memeriksa 110 tapak binaan di seluruh negara.

Hasilnya tiga tapak diberikan amaran kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan MKN.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 166