Tuesday, January 28, 2020

updated 2:57 PM UTC, Jan 28, 2020

Agong Terima Ijazah Doktor Kehormat Dari MSU

Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan Strategik dan Kepimpinan dari Management and Science University (MSU) sempena konvokesyen MSU kali ke-18.

Tuanku Abdul Halim menerima anugerah berkenaan daripada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah selaku Canselor MSU, dalam istiadat konvokesyen khas yang diadakan di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara di sini.

Turut hadir Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Presidennya Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, lembaga pengarah dan pengurusan kanan universiti.

Sementara itu, Dr Mohd Shukri berkata anugerah berkenaan merupakan penghargaan kepada Tuanku Abdul Halim berikutan keprihatinan baginda dalam bidang pendidikan.

Katanya sebagai contoh, baginda seringkali berkenan mencemar duli dalam pelbagai aktiviti dianjurkan MSU dan aktiviti di peringkat sekolah atau universiti lain.

Anugerah tersebut juga katanya sebagai mengiktiraf kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 315