Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

E-Mutiara tambah bas untuk Ramadan dan menjelang aidilfitri

 

KOTA BHARU - Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) menambah 20 lagi bas untuk Ramadan berbanding 15 bas pada hari biasa yang beroperasi pada waktu malam dan lapan buah pada siang hari.

Bagi laluan puncak iaitu Kuala Lumpur-Kota Bharu, pihaknya mungkin akan menambah sehingga lima buah bas lagi bagi memenuhi permintaan pelanggan terutama menjelang aidilfitri nanti.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara Che Ibrahim Che Ismail bagaimanapun berkata laluan lain mungkin tidak banyak tambahan bas.

Selain itu beliau juga mahu menasihatkan orang ramai supaya membeli tiket bas di syarikat yang diyakini kerana bimbang ditipu.

Che Ibrahim juga memberi jaminan 180 pemandu bas syarikatnya adalah bebas daripada segala penyalahgunaan bahan terlarang khususnya dadah.

pihaknya sentiasa membuat ujian khas termasuk air kencing kepada setiap pemandunya yang berusia antara 25 hingga 60 tahun.

Jelas beliau, ujian tersebut dilakukan sendiri oleh kakitangannya yang terlatih.

Sempena majlis, seramai 271 individu terpilih menerima zakat daripada Konsortium E-Mutiara Berhad.

Syarikat itu juga akan menaja lapan kakitangannya yang berkhidmat selama 17 hingga 23 tahun bagi menunaikan umrah tahun ini.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 667