Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Penunggang motosikal cedera parah dilanggar pemandu mabuk

KANGAR, 1 Jun - Seorang penunggang motosikal cedera di kepala selepas dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki yang dipercayai mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar Supritendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku pada 10.10 malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Bishamhadi Mohamad Hasbi, 40 tahun, mengalami cedera parah retak tempurung kepala serta kecederaan pada badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah.

Selain motosikal, pemandu kereta terbabit turut melanggar sebuah lori yang sedang menurunkan barang di tepi jalan.

Supritendan Wari berkata, pemandu kereta berusia 58 tahun yang bekerja sebagai tukang cat, ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 174