Monday, June 18, 2018
vital-top
updated 3:04 PM UTC, Jun 18, 2018

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kekal 128 Tengah Hari Ini

 

Kuching  - Cuaca baik walaupun agak mendung sejak pagi tadi di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, menyaksikan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan kekal 128 orang, tengah hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata di Bahagian Samarahan, pusat pemindahan Dewan Suarah Samarahan ketika ini menempatkan 72 orang mangsa daripada 15 keluarga.

Katanya di Bahagian Serian, 56 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Surau Darul Hadhari Kampung Rimba Padi di Asajaya.

Beliau yang dihubungi di sini tengah hari ini berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka melawat kedua-dua pusat pemindahan berkenaan petang ini.

Katanya Shahidan kemudian dijadual mendengar taklimat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di Pejabat Latihan Pertahanan Awam

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 239