Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Asas Agama Islam Yang Kukuh Perlu Diterapkan Lebih Awal - Salleh

Kota Belud - Pendidikan agama Islam yang menyeluruh perlu diterapkan lebih awal kepada generasi muda bagi memastikan mereka memiliki asas agama kukuh dalam menghadapi cabaran di masa depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini termasuk memberikan golongan itu pembelajaran bacaan al-Quran yang tepat selain asas ilmu pengetahuan agama bagi memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

"Adalah amat penting setiap penganut agama Islam mengamalkan apa yang disuruh agar penganut-penganut agama lain turut menghormati agama Islam sekali gus masyarakat Islam itu sendiri.

"Perkara asas dan wajib dalam agama (Islam) harus dipelajari kerana asas agama adalah penting sebagai panduan. Tambahan, dunia sekarang banyak cabaran. Jika asas (agama) tidak kukuh dari awal, sudah tentu akan mengalami banyak masalah di kemudian hari," katanya ketika merasmikan Pusat Pembelajaran Al-Quran Al-Baghdadi cawangan Kota Belud.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan amat mengalu-alukan penubuhan pusat pembelajaran al-Quran yang merupakan cawangan ke-36 di Sabah itu kerana ia mampu menjadi platform memastikan generasi muda di daerah tersebut memiliki ilmu pengetahuan agama dan mahir membaca al-Quran.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 388