Sunday, 7 March 2021

updated 1:54 AM UTC, Mar 7, 2021

Lawatan PM ke Arab Saudi: Kuota haji, urusan umrah jemaah Malaysia dijangka antara fokus

JEDDAH, 7 Mac- Ketibaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada petang semalam waktu Malaysia ke Arab Saudi disambut oleh Duta Malaysia, Datuk Abd Razak Abdul Wahab serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz.

Tan Sri Muhyiddin memulakan lawatan rasmi ini dengan menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah sebelum ke Madinah untuk melakukan ziarah. 

Beliau dijadual menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana Al-Yamamah, Riyadh, pada 9 Mac.

Kunjungan Perdana Menteri ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Salman dan merupakan sebahagian daripada lawatan kerja rasmi ke Asia Barat.

Selain menghadap Raja Salman, Tan Sri Muhyiddin dijadual mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi.

Kuota haji dan urusan umrah jemaah Malaysia dijangka menjadi antara fokus utama pertemuan tersebut.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 74