Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

PM Umum Peruntukan Dana Bulanan Kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah, Di Sungai Sekamat

 

Kajang - Kerajaan bersetuju memberi dana bulanan kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah untuk tempoh setahun yang akan ditadbir Kementerian Kewangan bagi membolehkan penghuninya menikmati kemudahan dan prasarana yang lebih selesa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pemberian dana tersebut berkata sebanyak RM70,000 telahpun salurkan untuk menambah baik kemudahan di pusat jagaan yang dikelolakan oleh Persatuan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia.

"Saya juga telah ambil keputusan untuk sumbang dana bulanan kepada pusat ini, yang pertama sebanyak RM70,000 telah disumbangkan dan percaya dana bulan ini dapat beri banyak kelegaan kepada penghuni pusat ini," katanya dalam ucapan ringkas selepas melawat pusat berkenaan untuk kali kedua, selepas pertama kali mengunjunginya kira-kira sebulan lepas.

Datuk Seri Najib turut memuji usaha pihak iM4U yang berjaya merealisasikan saranan beliau dalam tempoh sebulan untuk turun padang dengan melakukan beberapa penambahbaikan prasarana yang terdapat di pusat itu.

Menurutnya, turut sama membantu ialah sukarelawan GIATMARA, Majlis Perbandaran Kajang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Daerah Klang.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut berkesempatan melawat Laman Al-Fikrah yang diusahakan sendiri oleh penghuni dan anggota sukarelawan pusat berkenaan.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 147