Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Bayaran Balik PTPTN Kalangan Penjawat Awam Meningkat 20 Peratus - PTPTN

 

Kuala Lumpur- Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kalangan penjawat awam meningkat kepada 20 peratus selepas pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata setakat 20 Oktober tahun lalu, hanya sembilan peratus peminjam di kalangan penjawat awam yang membuat pembayaran balik pinjaman mereka.

"Setelah pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini, sehingga 4 Jan tahun ini, pihak PTPTN telah menyaksikan peningkatan pembayaran balik sebanyak 20 peratus," katanya Khalid selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24.

Beliau berkata pada Disember lepas, PTPTN telah berjaya mengutip lebih RM133 juta, meningkat sebanyak 38 peratus dari bulan sebelumnya.

"Kita berharap perkembangan ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru bagi peminjam untuk membuat bayaran balik secara konsisten," katanya.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 251