Tuesday, 29 September 2020

updated 9:54 AM UTC, Sep 29, 2020

Pelanggan digesa hubungi bank untuk pelanjutan moratorium - CIMB

KUALA LUMPUR, 29 September - CIMB menggesa pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan lanjut supaya menghubungi bank berkenaan secepat mungkin sebelum tempoh moratorium tamat Rabu ini.

CIMB dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah memohon pelepasan atau menerima tawaran penstrukturan dan penjadualan semula, tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat C-CRIS peminjam.

Pelanggan terjejas yang belum menghubungi bank itu boleh berbuat demikian atau melawat mana-mana cawangan atau pusat pembiayaan auto CIMB untuk pertanyaan mengenai pilihan bantuan kewangan.

Sementara itu, SME Bank menawarkan lanjutan bersasar moratorium dan bantuan kepada hampir semua pelanggan yang layak di bawah Program Kemudahan PKS (SRP).

Program melibatkan 3,090 pelanggan PKS dan usahawan mikro, mencatatkan nilai pembiayaan lebih RM4.8 bilion.

66% menerima lanjutan moratorium selama 12 bulan.

Manakala 15% menerima pakej tanpa bayaran faedah selama enam bulan.

Bank tersebut telah mula menghantar surat, pemberitahuan menerusi khidmat pesanan ringkas dan emel untuk memberi peringatan mengenai pembayaran yang akan bermula Oktober ini kepada semua peminjam yang belum menghubungi CIMB.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 66