Wednesday, 26 January 2022

updated 10:37 AM UTC, Jan 26, 2022

KBS turun padang bantu penduduk terjejas banjir di Muar

  • Published in Semasa



 

MUAR, 15 Januari- 200 sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan turun padang membantu penduduk terjejas di tiga buah kampung di Muar, Johor.

Bantuan meliputi agihan keperluan harian dan membersihkan rumah penduduk terjejas banjir.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kemudahan sukan yang rosak di kawasan terjejas turut dibersihkan dan dibaiki untuk kemudahan masyarakat setempat.

"Kita berada di fasa untuk membantu mereka mendapatkan bantuan bagi meneruskan kehidupan seperti dapur memasak, tilam bantal, bahan makanan kering dan bantuan lain."

"Selain daripada itu juga ada bantuan lain seperti membersihkan rumah" kata Ahmad Faizal.

Beliau berkata demikian selepas Program Sukarelawan Pasca Banjir di Kampung Sungai Berani, Muar, Johor.

Penduduk yang ditemui turut gembira dengan program yang dijalankan sekaligus membantu mereka memulakan kembali kehidupan selepas banjir.