Wednesday, 26 January 2022

updated 10:44 AM UTC, Jan 26, 2022

4 PPV Integrasi beroperasi mulai hari ini

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 15 Januari - Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang mula beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.

Ia termasuk PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur; PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam; dan PPV Soka Gakkai, Klang.

PPV mega diaktifkan semula oleh Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak kepada orang ramai.

Kemudahan itu dibuka kepada orang ramai untuk pemberian vaksin dos penggalak bermula pukul 8 pagi.