Wednesday, 26 January 2022

updated 11:13 AM UTC, Jan 26, 2022

Ketepikan CTOS dan CCRIS, mudahkan pinjaman usahawan terkesan - Tan Sri Noh Omar

  • Published in Semasa


TANJONG KARANG, 15 Januari- Institusi kewangan diminta untuk terus memudahkan permohonan pembiayaan pinjaman khususnya kepada golongan usahawan luar bandar yang terkesan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memahami kekangan yang dihadapi terutama yang terjejas banjir dan COVID-19 ketika ini.

Justeru, mereka yang berdepan dengan kesulitan dalam membuat pinjaman boleh membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, jelas Tan Sri Noh Omar, kementeriannya menyediakan peruntukkan skim pembiayaan berjumlah RM62 juta, diuruskan Bank Rakyat dan SME Bank yang memberi peluang kepada mereka dalam memulihkan kembali perniagaan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi sebuah syarikat memproses perut lembu import di Parit 1 Tanjong Karang, Selangor.