Wednesday, 26 January 2022

updated 10:44 AM UTC, Jan 26, 2022

Stok kit ujian kendiri COVID-19 untuk mangsa banjir di Terengganu mencukupi

  • Published in Semasa

 

KUALA NERUS, 4 Disember - Stok bekalan kit ujian kendiri COVID-19 masih mencukupi untuk menampung kegunaan penduduk terjejas banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu.

Walaupun masih di peringkat awal fasa banjir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM Terengganu) Leftenan Kolonel Mohd Rosman Abdullah menjangkakan stok bekalan yang diterima mencukupi sehingga tamat musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Jumlah peratusan tinggi di kalangan penduduk yang telah menerima dua dos vaksin juga mampu untuk mengawal situasi pandemik COVID-19 .

Selain itu, Pemantauan pematuhan SOP di kalangan penghuni PPS , turut melibatkan pelbagai agensi berkaitan di setiap PPS beroperasi.

Pada waktu musim tengkujuh tahun lalu , tiada sebarang kes penularan COVID-19 di penempatan PPS negeri Terengganu dilaporkan.