Thursday, 20 January 2022

updated 1:23 AM UTC, Jan 20, 2022

Positif COVID-19: 71 pelajar dan dua guru di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya

  • Published in Semasa

SERDANG, 2 Disember - 71 pelajar dan dua guru di Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya dikesan positif COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kesemua pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Menerusi ciapan twitter Khairy menyatakan, ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.

Kesemua pelajar berada dalam kategori 1 dan 2A, stabil.

Manakala 242 individu yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin di asrama SSP.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin, semalam mengesahkan 65 pelajar SSP dikesan positif COVID-19 selepas seorang guru disahkan dijangkiti virus itu.