Thursday, 20 January 2022

updated 1:05 AM UTC, Jan 20, 2022

Johor sokong perbincangan semula projek HSR Kuala Lumpur-Singapura

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 30 November - Perbincangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura wajar dihidupkan semula.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, perbincangan semula tersebut memerlukan perjanjian baharu antara kedua–dua negara, selepas perjanjian asal dibatalkan pada 31 Disember 2019.

Kerajaan negeri katanya akan mengambil peluang menjana ekonomi daripada projek tersebut, meskipun sekiranya perjanjian baharu melibatkan skala projek lebih kecil berbanding perjanjian asal.

Datuk Hasni berkata demikian selepas mengadiri Majlis Serahan Sumbangan kepada Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Mengenai pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Darat, Malaysia-Singapura, Datuk Hasni berkata, prosesnya berjalan lancar di Johor.

Beliau menjangka jumlah pengembara dari kedua-dua negara dapat dipertingkat dalam masa terdekat.