Wednesday, 26 January 2022

updated 10:44 AM UTC, Jan 26, 2022

PM lancar Pelan Tindakan Perpaduan Negara & Kami @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 28 November - Datuk Seri Ismail Sabri turut melancarkan satu lagi pelan iaitu KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025, yang merupakan pelan paling signifikan kepada Kementerian Perpaduan Negara dalam menerajui agenda perpaduan nasional.

Pelan ini, jelasnya dirangka berdasarkan satu kajian yang melibatkan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara menjurus kepelbagaian budaya dan agama supaya dapat menepis sebarang usaha yang mencemarkan perpaduan di negara ini.

Beliau turut berkata, impian kemakmuran bersama Keluarga Malaysia adalah asas kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.