Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah diiktiraf Tokoh Amalan Baik

  • Published in Semasa

ALOR SETAR, 25 November - Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Dato Shaikh Mahmood Naim diiktiraf sebagai Tokoh Amalan Baik Peraturan Peringkat Kerajaan Negeri 2021 dan Penganugerahan Kerajaan Negeri Kedah sebagai Kerajaan Negeri Aktif Amalan Baik Peraturan (GRP).

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman menerusi kenyataannya memaklumkan penganugerahan tersebut kerana sumbangan beliau menerajui dan memperkasa amalan baik peraturan di peringkat kerajaan negeri.

Pengiktirafan adalah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut menerima pengiktirafan ialah Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Nadzman Mustafa yang diiktiraf sebagai Tokoh Amalan Baik Peraturan 2021 Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan / Pihak Berkuasa Negeri Aktif melaksanakan GRP.