Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Banjir di Perak, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 102 orang

  • Published in Semasa

TELUK INTAN, 25 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak yang dipindahkan setakat pagi ini meningkat kepada 102 orang daripada 32 keluarga.

Mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, kesemua penduduk terjejas itu melibatkan tujuh kampung dalam mukim Sungai Manik dan Labu Kubong.

Kampung tersebut adalah Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjung Keramat, Sungai Kucing, Sungai Seluang, Kampung Matang Jambu Degong dan Parit 7, Chikus.

Mereka terdiri daripada 33 lelaki dan 35 wanita dewasa serta 34 kanak-kanak.

Banjir di kawasan berkenaan berpunca daripada limpahan air sungai Batang Padang dan setakat tengah malam tadi paras air berada pada ketinggian 14.6 meter.