Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Jangkitan COVID-19, kes aktif kembali meningkat

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 22 November - Kebanyakan indikator utama jangkitan COVID-19 menunjukkan tren penurunan kecuali purata kes aktif yang meningkat 6%.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah, purata kes aktif yang dahulunya konsisten selama 10 minggu, kini telah menunjukkan peningkatan semula selepas 5 minggu kebenaran rentas negeri diumumkan.

Kadar penggunaan fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit Kategori 3 hingga 5 mula meningkat.

Malah, kewujudan kluster komuniti yang sebelum ini mencatatkan penurunan... kini turut meningkat.

Kadar vaksinasi dalam kalangan remaja yang rendah, meningkatkan kebarangkalian untuk ahli keluarga mereka dijangkiti virus berkenaan.

Justeru, Tan Sri Dr.Noor Hisham menekankan tindakan kesihatan kendiri dalam kalangan masyarakat dengan terus mengamalkan TRIIS bagi mengurangkan risiko jangkitan.