Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Gagal keluar dari kenderaan, mekanik rentung kereta dipandu terbakar

  • Published in Semasa

KUALA TERENGGANU, 20 November - Seorang mekanik rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kejadian di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian pukul 7.05 malam tadi, mangsa, Mohd Azizi Jaafar, 37 tahun, maut di tempat kejadian selepas gagal keluar daripada kenderaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.09 malam.

14 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat.