Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Sistem makanan negara perlu diperkukuh, persediaan tangani krisis global

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya lebih berdaya tahan dan mampan.

Ini terutama sebagai persediaan menangani krisis global selain pandemik COVID-19 yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara ditubuhkan tahun lalu bagi merangka dasar sekuriti makanan secara menyeluruh.

Menerusi platform ini, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dibangunkan.

Kesemua dasar dan pelan itu akan saling melengkapi, bagi menjayakan usaha negara dalam meningkatkan kemampanan sistem agromakanan.