Saturday, 4 December 2021

updated 8:17 AM UTC, Dec 4, 2021

Banjir Selangor, 6 PPS masih dibuka di Sepang libatkan 219 penduduk terjejas

  • Published in Semasa

SHAH ALAM, 23 Oktober - Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara memaklumkan situasi banjir di Selangor, setakat pukul 8.00 pagi tadi, enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sepang masih dibuka melibatkan 219 penduduk terjejas daripada 54 keluarga.

Daripada jumlah tersebut, 60 orang berlindung di PPS Sekolah Rendah Agama Dato Ahmad Razali, 56 orang di PPS SRA Kampung Giching, 51 orang di SRA Kampung Labu Lanjut serta 44 orang lagi di SRA Dengkil.