Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Kenaikan harga kos ibadah umrah dijangka bersifat sementara

  • Published in Semasa

PETALING JAYA, 21 Oktober - Peningkatan harga lantai bagi menunaikan ibadah umrah dijangka hanya bersifat sementara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel and Services Sdn Bhd Datuk Ahmad Ruzman Ahmad RazaliIa, peningkatan harga sebanyak RM2,000 kepada RM6,900 itu berikutan pelaksanaan SOP melibatkan Arab Saudi dan Malaysia.

Ini termasuk syarat ujian saringan yang ketat, pengurangan kapasiti pengangkutan dan penginapan yang dihadkan kepada 2 orang sebilik.

Datuk Ahmad Ruzman ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara TH Travel and Services Sdn Bhd dengan The Noor Apps.