Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Undi 18: Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 20 Oktober - Mahu beri kuasa besar kepada golongan anak muda negara, justeru kerajaan memberi taruhan kepada Undi 18.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pelaksanaan Undi 18 itu membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, beliau mengadakan perjumpaan dengan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) semalam berkata beliau telah berkongsi pandangan serta pelan tindakan untuk penambahbaikan.

Tambahnya MPPK, yang kini dianggotai 41 pemimpin pelajar mewakili 41 universiti di seluruh negara, bukanlah sekadar simbol kepada kesatuan pelajar institusi pengajian tinggi malah memainkan peranan penting dalam membuka ruang dan mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dan kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun ini seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.