Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Bajet 2022: Tumpuan khusus pembangunan semula sektor pelancongan

  • Published in Semasa

GEORGE TOWN, 10 Oktober - Pembangunan semula sektor pelancongan negara antara yang akan diberi tumpuan khusus dalam Bajet 2022 akan datang.

Sektor berkenaan dijangka kembali pulih susulan kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

keputusan itu dibuat setelah melihat sektor tersebut antara yang paling terkesan dengan pandemik COVID-19 selain merupakan sektor terakhir yang dibenar beroperasi kepada orang awam dalam pelan pemulihan negara.

Menurut beliau, memandangkan ia merupakan sektor yang memacu kepada kegiatan ekonomi negara, perhatian dan peruntukan yang secukupnya wajar disalurkan kepada sektor itu.

Tengku Datuk Seri Zafrul menyatakannya selepas hadir pada "program dialog dan konsultasi bagi aspek warisan serta pelancongan" yang disertai pemegang taruh sektor pelancongan di negeri berkenaan di Georgetown.

Terdahulu beliau melakukan lawatan ke Pulau Pinang dalam rangka Jelajah Bajet 2022 bagi mengumpul maklum balas daripada pelbagai sektor.