Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Tiada keperluan untuk terus buka PPV mega - Khairy Jamaluddin

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Tidak ada lagi keperluan untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin bukan kesihatan ataupun PPV MEGA.

Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keputusan itu di ambil susulan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini berada di tahap yang baik.

Bagaimanapun, perbincangan terperinci akan diadakan bersama kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi agar beberapa PPV dikekalkan bagi urusan vaksinasi golongan tercicir.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan PPV WTC, Kuala Lumpur.

Menyentuh mengenai vaksinasi remaja setakat ini belum terdapat laporan di terima berhubung kesan sampingan serius suntikan tersebut.