Logo

Pusat Digital Keluarga Malaysia: KKMM selaras pusat internet di bandar dan desa

PUTRAJAYA, 4 Oktober - Kerajaan akan menyelaras Pusat internet di kawasan bandar dan desa yang dikendalikan oleh kementerian berbeza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dilancar sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia yang akan diselaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Beliau berkata, pusat digital itu antara lainnya akan menumpukan aspek melatih masyarakat luar bandar, termasuk golongan B40 untuk terlibat dalam perniagaan secara dalam talian atau e-dagang.

Mengulas lanjut, dari segi jurang digital, aspek infrastruktur perlu disediakan untuk memastikan penembusan internet dapat meliputi 100 peratus kawasan terbabit, terutama di luar bandar. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.