Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

MOTAC bercadang membuka destinasi pelancongan lain

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 21 September - Projek rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mula menunjukkan kejayaan.

Seramai 9,500 pelancong direkodkan sejak pulau itu dibuka Khamis lalu.

Malah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tiada kes COVID-19 direkodkan dalam kalangan pelancong.

Jelasnya, dengan kejayaan di Pulau berkenaan, kementeriannya sedang mempertimbangkan untuk membuka destinasi pelancongan lain.

Khususnya yang telah mencapai 100 peratus vaksinasi COVID-19, seperti Genting Highlands, dan Fraser Hills sekali gus telah bersedia untuk menerima pelancong.

Beliau memaklumkan, hari ini MOTAC bakal mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pembukaan perjalanan pelancongan antara negeri.

MOTAC sebelum ini menyasarkan kira-kira 200,000 pelancong domestik berkunjung ke Langkawi dari 16 September hingga Disember 2021 selepas industri pelancongan pulau itu dibuka semula di bawah projek rintis gelembung pelancongan.

Datuk Seri Nancy berkata, pihaknya juga telah mengemukakan cadangan penggiat industri pelancongan kepada Kementerian Kewangan yang diharap akan menjadi panduan dalam pembentangan Belanjawan 2022.