Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Lorong kanan Senai Utara ke Kulai ditutup sehingga 1 Januari 2022

  • Published in Semasa

SENAI, 20 September - Bermula pada 12 tengah malam tadi, lorong kanan di antara Senai Utara ke Kulai, Johor di Kilometer 24.65 hingga KM27.25 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup kepada semua kenderaan selama tiga bulan setengah.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan penutupan lorong berkenaan sehingga 12 tengah malam 1 Jan 2022 adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf tembok penghadang konkrit dilaksanakan dengan lancar.

Sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa.

Dalam masa sama, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik dan had laju serta arahan yang dikeluarkan.

Pengguna yang menghala ke utara dinasihatkan merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan.

Sekiranya berlaku kecemasan, pengguna juga boleh mendapatkan bantuan daripada pasukan PLUSRonda dengan menekan butang kecemasan (SOS) pada aplikasi.